Exco FAM Gesa TMJ Timbang Semula Hasrat Letak Jawatan – Channel W

Exco FAM Gesa TMJ Timbang Semula Hasrat Letak Jawatan

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dirayu supaya tidak melepaskan jawatannya sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Luahan TMJ untuk mengundur diri di laman rasmi Facebook  Johor Southern Tigers Khamis malam masih menjadi tanda tanya.

Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM menggesa Tunku Ismail mempertimbangkan semula hasrat beliau untuk meletak jawatan selaku presiden badan induk itu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Amin menyatakan keputusan Tunku Ismail itu didorong kekecewaan beliau terhadap kritikan di laman media sosial yang kerap kali akan menyalahkan Presiden FAM setiap kali ranking skuad Harimau Malaya jatuh.

“Justeru, saya bersama-sama barisan ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM (Exco FAM) bersetuju untuk terus berdiri teguh di belakang kepimpinan Tunku Ismail sebagai Presiden FAM dan mahu beliau terus kekal memegang jawatan berkenaan.

“Sudah tentu jika kita membiarkan Tunku Ismail meletak jawatan, kita juga akan kehilangan penaja dan saya sendiri tidak dapat membayangkan siapa yang layak menggantikan tempat beliau.

“Pada saya, semua ahli gabungan FAM turut sependapat yang Tunku Ismail satu-satunya insan pada masa sekarang ini yang benar-benar layak menduduki kerusi Presiden FAM,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Hamidin turut menyatakan Tunku Ismail masih belum menyerahkan surat peletakan jawatan sekali gus akan terus kekal selaku presiden.

“Saya ingin menegaskan Tunku Ismail masih sah Presiden FAM kerana mengikut prosedur, jika mana-mana Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM mahu meletak jawatan, individu berkenaan perlu menghantar surat rasmi dan Jawatankuasa Eksekutif FAM berhak menerima atau menolak peletakan jawatan itu,” katanya.

Memetik laporan mStar Online, Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Windsor Paul berkata, ia hanya status di media sosial, bukannya pengesahan rasmi.

“Perkara rasmi perlu disusuli dengan surat menyurat. Sehingga itu pihak saya tidak boleh memberi sebarang ulasan mengenai perkara ini.

“Lagipun kenyataan FAM sendiri memberitahu Tunku Ismail masih sebagai presiden.”

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans