Faliq, Chryseis Selamat Diijabkabul – Channel W

Faliq, Chryseis Selamat Diijabkabul

KUALA LUMPUR – Pewaris empayar perniagaan terbesar SM Faliq Nasimuddin, 33 dan Chryseis Tan, 30 selamat diijabkabul hari ini dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup di resort The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.

Faliq yang merupakan pengarah urusan kumpulan Naza TTDI, dilaporkan bertunang dengan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square itu pada 2 Julai 2017.

Anak keempat kepada pengasas NAZA Group, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin melamar Chryseis pada Jun 2017 ketika mereka berdua bercuti di Marrakesh.

Chryseis, anak sulung kepada pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun menerima mas kahwin sebanyak RM1000.

Sementara itu, Datuk SM Faisal, abang kepada Faliq menerusi akaun instagram beliau, bersyukur dan mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin baharu itu.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans