Fasa Gerhana Penuh Maksima 9.29 Malam – Channel W

Fasa Gerhana Penuh Maksima 9.29 Malam

Tiga fenomena bulan yang dijangka mengambil masa lima jam 17 minit dijangka bermula jam 6.51 petang hari ini hingga jam 12.08 tengah malam esok (1 Februari).

Ini bermakna gerhana sedang berlaku ketika Bulan terbit di ufuk Timur kecuali Sabah dan Sarawak – gerhana bermula selepas Bulan terbit.

Menurut Planeterium Negara, fenomena tersebut adalah gabungan fenomena ‘Supermoon’, ‘Bluemoon’ dan ‘Bloodmoon’.

Fenomena ‘Supermoon’ bermaksud kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi dan mengalami fasa penuh, menyebabkan saiz bulan kelihatan lebih besar daripada biasa.

Fenomena ‘Bluemoon’ pula ialah fasa bulan penuh yang berlaku pada tarikh sama merupakan fasa bulan penuh yang kedua dalam bulan Januari 2018.

‘Bloodmoon’ adalah gerhana bulan kerana warna bahagian gelap gerhana yang kemerah-merahan akibat biasan cahaya Matahari oleh atmosfera bumi.

Kenyataan di Agensi Angkasa Negara memaklumkan fasa gerhana penuh maksima adalah pada jam 09:29 malam dan keseluruhan gerhana ini akan berakhir pada jam 12:08 tengah malam iaitu pada 1 Februari 2018.

Fenomena unik ini boleh disaksikan Timur Eropah, Timur Afrika, Asia (termasuk Malaysia), Australia dan Amerika Utara.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans