Federer Tekad Buru Gelaran di Rotterdam – Channel W

Federer Tekad Buru Gelaran di Rotterdam

PARIS: Roger Federer mengumumkan akan bertanding di kejohanan tenis ATP Rotterdam, minggu depan.

Federer kini bergelut dan ketinggalan 155 mata ranking di belakang Rafael Nadal.

Jika melangkah ke separuh akhir, Federer akan muncul dengan rekod baru sebagai pemain nombor satu paling tua beraksi di kejohanan itu.

Kata Federer, kejohanan di Rotterdam sangat istimewa buat beliau. Jelasnya lagi, beliau masih ingat detik perlawanan pertama pada 1999 yang juga membuka peluang untuk Federer bertanding di peringkat lebih tinggi selepas itu.

“Saya teruja dapat mengambil bahagian dalam kemeriahan sempena edisi ke-45 kejohanan itu,” katanya.

Sebelum ini, rekod pemain paling tua dipegang Andre Agassi ketika pemain Amerika Syarikat itu muncul juara pada usia 33 tahun dan 131 hari pada edisi 2003.

Kini, Federer ada peluang mengatasi rekod Agassi dengan kelebihan tiga tahun jika ke separuh akhir.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans