FGV Puji Tindakan Duta Jerman Bantah Sekatan EU – Channel W

FGV Puji Tindakan Duta Jerman Bantah Sekatan EU

Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) memuji tindakan Duta Jerman ke Indonesia, Michael von Ungern-Stenberg, kerana menyuarakan bantahannya terhadap sekatan Kesatuan Eropah (EU) ke atas minyak sawit.

“Saya gembira melihat (semakin) banyak negara-negara EU akhirnya bangkit menyuarakan bantahan terhadap langkah diskriminasi membabitkan minyak sawit. Saya memuji pendirian tegas beliau (Ungern-Stenberg) di atas isu ini selain menghargai usaha lestari Indonesia,”

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad, menyuarakan pandangannya menerusi catatan di akaun Twitter miliknya.

Netherlands baru-baru ini menjadi anggota terbaharu EU selepas United Kingdom dan Sweden dalam menyuarakan bantahan terhadap sekatan oleh blok ekonomi berkenaan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pembangunan Kerjasama Netherlands, Sigrid Kaag berkata kerajaannya turut memuji usaha Malaysia yang melaksanakan langkah peralihan minyak sawit kepada lestari tanpa menjejaskan kesejahteraan para pekebun kecil.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans