Filem Pulang berlayar ke peringkat antarabangsa – Channel W

Filem Pulang berlayar ke peringkat antarabangsa

Filem terbitan Primeworks Studios, Pulang bakal meneroka pasaran antarabangsa setelah mencatat kutipan RM1 juta selepas seminggu ditayangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar berkata, ketika ini, Pulang dipertandingkan di Asia Pacific Screen Awards (APSA) di Brisbane, Australia.

“Memang ada perancangan membawa keluar filem ini dan kita masih dalam proses pemasaran. Apabila mendapat pengesahan negara mana yang hendak dibawa, kita akan maklumkan nanti.

“Berapa negara masih belum diputuskan lagi… Kalau boleh kita sasarkan semua negara,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, bapa Ahmad Izham, Omar Othman yang menjadi inspirasi kisah yang dipaparkan dalam filem arahan Kabir Bhatia itu.

Mula ditayangkan di seluruh negara, Khamis lalu, Pulang yang diilhamkan 70 peratus kisah benar dalam kehidupan Omar dan keluarganya, disasarkan mengutip RM4 juta.

Ahmad Izham berkata, Primeworks Studios juga akan membawa Pulang menyertai lebih banyak festival filem antarabangsa.

“Buat masa ini, filem ini dipertandingkan APSA. Kita baru dapat pengesahan filem ini dipilih untuk dipertandingkan.

“Banyak lagi festival filem akan kita cuba masuk untuk pasarkan Pulang,” katanya sambil menambah filem terbabit turut mendapat sambutan menggalakkan di Brunei.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans