Fizo lancar buku motivasi usahawan – Channel W

Fizo lancar buku motivasi usahawan

Siapa tak kenal pelakon Fizo Omar yang juga bergelar usahawan muda berjaya.

Beliau mengakui pernah diuji dengan  masalah bankrap disebabkan ‘lupa diri’ dan tidak menjaga amalan zakat.

Selepas mengalami pengalaman pahit itu, beliau belajar mendaki semula dunia perniagaan dengan lebih disiplin  dan mula belajar mengenai impak zakat dalam perniagaan.

Pengalaman inilah yang dikongsinya dalam buku terbaharunya Bangkit bila Bangkrap di  Pesta Buku Antarabangsa, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.

Bukunya yang merangkumi 12 bab mengenai perjalanan hidup Fizo menceritakan bagaimana dia melalui detik hitam selepas diumumkan muflis.

Dia turut menjelaskan kisah serta kesan akibat memandang remeh ibadah zakat yang menjadi bab paling digemari dalam buku ditulis sendiri itu.Menceritakan proses panjang selama 13 bulan diambil menghasilkan Bangkit Bila Bankrap, Fizo berkata waktu itu isterinya Mawar Karim sedang sarat mengandung Wan Mariam.

Buku turut menampilkan kisah bagaimana Fizo bangkit kembali membina empayar perniagaan dibangunkan sendiri.Walaupun baru dilancarkan Bangkit Bila Bankrap sudah pun terjual sebanyak 1,000 naskhah.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans