‘Friederike’ Landa Utara Eropah, Jerman Gantung Perjalanan Kereta Api – Channel W

‘Friederike’ Landa Utara Eropah, Jerman Gantung Perjalanan Kereta Api

Ribut kuat yang melanda utara Eropah meragut sembilan nyawa termasuk dua anggota bomba semalam, selain menjejaskan perjalanan udara dan kereta api.

Jerman menggantung perjalanan kereta api jarak jauh sekurang-kurangnya sehari, dengan banyak penerbangan domestik dibatalkan apabila angin dengan kekuatan taufan melanda negara itu.

Ribut mengorbankan enam orang di Jerman, termasuk dua anggota bomba yang bertugas dalam operasi kecemasan dan dua pemandu trak mereka ditiup angin kencang.

Seorang lagi pemandu terbunuh apabila gagal mengawal kenderaan dan merempuh sebuah trak lain.

Seorang lelaki berusia 59 tahun yang sedang berkhemah maut serta-merta apabila pokok tumbang ke atasnya, kata polis, ketika kelajuan angin mencecah 203 kilometer sejam di Brocken, puncak tertinggi di utara Jerman.

Ribut itu, dinamakan Friederike, turut menerbangkan bumbung sekolah di negeri Thueringia ketika kanak-kanak masih berada dalam bangunan itu tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Di Belanda, dua maut akibat ditimpa pokok apabila angin kencang melanda negara di bawah paras laut itu.

Lapangan terbang Schiphol di Amsterdam, antara hab pelancongan paling sibuk di benua itu, terpaksa membatalkan semua penerbangan apabila angin mencecah kelajuan 140 kilometer sejam di beberapa kawasan.

Di Belgium pula, seorang pemandu wanita dilaporkan meninggal dunia apabila keretanya ditimpa pokok ketika mangsa melalui kawasan hutan di Grez- Doiceau, 15 kilometer ke selatan Brussels. – AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans