Gaji pegawai GLC akan dikurangan – Tun M – Channel W

Gaji pegawai GLC akan dikurangan – Tun M

Gaji pegawai syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) akan dikurangkan kepada jumlah yang sepatutnya.

Jelas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad,  ini kerana gaji yang diterima mereka sebelum ini adalah terlalu tinggi dan ada di antara mereka yang menikmati pendapatan RM7 juta setahun.

Mendedahkan perkara itu lagi tambah Tun Mahathir beliau menerima RM20,000 sebulan dan hasil pendapatannya itu dapat disimpan selama 29 tahun sehingga hari ini.

“Sehubungan itu, gaji pegawai GLC akan diturunkan. Untuk saya RM20,000 sudah cukup, sebab ke­rajaan dah bayar elektrik, air, sediakan pengangkutan, sediakan elaun, jadi saya tidak banyak gunakan gaji dan saya dapat me­nyim­pan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam si­dang akhbar selepas menyampaikan perutusan khas pada Taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rabu.

Tambah Tun Mahathir lagi gaji yang diperuntukkan untuk pemimpin-pemimpin di negara ini adalah mencukupi berikutan perbelanjaan bagi utiliti, rumah dan pe­­ng­ang­kutan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Mengenai dakwaan gaji ahli Parlimen terlalu rendah berbanding sektor swasta, Tun Mahathir mengakui ia rendah namun meng­anggap ia tidaklah terlalu rendah.

“Bagaimanapun, gaji ahli Parli­men tidak terlalu rendah seperti yang didakwa kerana ahli Parlimen diberi peruntukan untuk pe­ngurusan dan pentadbiran pe­jabat,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans