Gambar curang pegawai menteri dengan wanita bogel tersebar – Channel W

Gambar curang pegawai menteri dengan wanita bogel tersebar

Selepas kejadian merakam bawah skirt juruoptik tersebar, hari ini tular di media sosial pula tentang isteri setiausaha politik seorang menteri bertindak menyebarkan gambar curang suaminya di khalayak umum.

Menerusi satu posting yang telah dimuat naik oleh isterinya sendiri di Facebook, beliau memperingatkan kepada wanita-wanita yang didakwa mengadakan hubungan seks dengan suaminya agar tidak berangan-angan untuk menggantikan tempatnya.

Posting itu dalam masa yang sama turut disebarkan bersekali dengan gambar bogel wanita berkenaan bersama suaminya.

Sebanyak tiga keping gambar telah disebarkan, dua keping bersama wanita tersebut dan satu lagi gambar bersama bosnya yang juga seorang menteri berbangsa India daripada DAP.

“Hari ini saya ingin memberi peringatan kepada semua wanita yang ingin mendampingi suami saya. Suami saya tidak berani, tidak mungkin dan tidak akan bercerai dengan saya untuk bersama kamu,” jelasnya.

Malah wanita berkenaan turut menyediakan agar postingnya ditularkan bagi memberikan peringatan terhadap wanita-wanita yang menggoda suaminya.

“Untuk pengetahuan semua, sepanjang masa kami berkahwin, ramai wanita yang cuba ‘merobohkan’ rumahtangga kami. Saya sudah biasa dengan keadaan sebegini. Wanita sekalian, jangan harap suami saya akan bercerai untuk kamu. Tolong sebarkan mesej ini,” katanya lagi.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans