Gangguan Bekalan Air Di 26 kawasan Batu Maung, Permatang Damar Laut Sabtu Ini – Channel W

Gangguan Bekalan Air Di 26 kawasan Batu Maung, Permatang Damar Laut Sabtu Ini

GEORGE TOWN – Sebanyak 26 kawasan di sekitar Batu Maung, Permatang Damar Laut dan Permatang Tepi Laut, dekat sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual Sabtu ini berikutan kerja lencongan paip untuk menaik taraf jalan di kawasan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Datuk Ir Jaseni Maidinsa berkata gangguan bekalan air selama 12 jam bermula 9 pagi itu membabitkan 40,000 pengguna di kawasan itu.

Jaseni berkata antara kawasan yang terlibat ialah Akuarium Batu Maung, Restoran Pen Mutiara, Pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Batu Maung, Kawasan Perindustrian Diamond Valley, Lebuhraya Batu Maung, National Instrument (M) Sdn Bhd, Kompleks Kargo MAS Batu Maung dan beberapa kawasan taman perumahan sekitar Batu Maung, Permatang Damar Laut dan Permatang Tepi Laut.

Menurutnya lagi,  bekalan air ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan kawasan Zon Perdagangan Bebas Bayan Lepas tidak akan terjejas.

Beliau menasihatkan pengguna air domestik dan peniaga yang terjejas supaya menyimpan air secukupnya bagi tempoh tersebut.

“Saluran paip bekalan air PBAPP mesti dilencongkan dengan selamat untuk mengelak kejadian tidak diingini bagi memastikan bekalan air yang baik dan berterusan. Oleh itu, PBAPP memohon maaf di atas segala kesulitan,” katanya. – Bernama

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans