Penerjun yang berasal daripada Sarawak itu mengumpul 349.15 mata selepas lima terjunan dalam aksi di Pusat Sukan Natatorium Wuhan, malam ini.

Pingat emas dan perak acara itu didominasi penerjun China, masing-masing melalui Zhang Jiaqi selepas mengutip 427.30 mata dan Ren Qian yang memperoleh 403.85 mata.

Kemenangan Pandelela itu merupakan pingat pertama diraih Malaysia pada edisi kali ini, selepas tiga hari kejohanan berkenaan membuka tirai.

Esok, Pandelela akan bergandingan dengan juara dunia, Cheong Jun Hoong dalam acara 10m platform seirama, manakala seorang lagi penerjun negara, Ooi Tze Liang akan beraksi dalam saingan separuh akhir acara 3m papan anjal lelaki.

Manakala Tze Liang mara ke separuh akhir selepas mengumpul 398.55 mata daripada enam terjunan untuk berada di kedudukan ke-18 daripada 34 penerjun.