GC2018: Atlet Angkat Berat Sah Gagal Ujian Doping – Channel W

GC2018: Atlet Angkat Berat Sah Gagal Ujian Doping

Kejayaan skuad angkat berat negara meraih dua pingat emas dan satu gangsa di Sukan Komanwel Gold Coast 2018 tercemar apabila seorang atletnya yang beraksi pada temasya kedua terbesar dunia itu, disahkan positif bahan terlarang.

Pengesahan mengenainya dibuat Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) serta Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), hari ini.

Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) turut mengesahkan atletnya yang positif ujian doping digantung sementara daripada aktiviti sukan berkenaan berkuat kuasa serta merta.

Bagaimanapun, atlet terbabit bukan positif ketika beraksi di Sukan Komanwel, sebaliknya ketika ujian khas yang dilakukan ADAMAS sebelum berlepas ke Gold Coast.

Pengarah ADAMAS, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz berkata, atlet terbabit didapati positif bahan terlarang stanozolol – sejenis bahan terlarang daripada anabolik steroid.

Dr Ramlan berkata, pihaknya sudah menjalankan program ujian doping dengan sebaiknya sebelum temasya kedua terbesar dunia itu bermula dan ia dilakukan secara berfasa dengan angkat berat mula menjalani ujian pada 5 Februari lalu.

Namun, pihaknya tidak dapat melakukan ujian secara menyeluruh kepada atlet angkat berat memandangkan tiga daripada atlet berkenaan berlepas menjalani latihan dan pertandingan di Balikpapan, Indonesia.

Pemangku Setiausaha PABM, Abu Hanapah Ismail berkata, atlet terbabit juga berdepan hukuman penggantungan maksimum sehingga empat tahun sekiranya didapati bersalah.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, hari ini.

Menurut Abu Hanapah, atlet terbabit juga sudah mengemukakan permohonan untuk mencabar keputusan sampel A dengan menjalankan ujian sampel B dan keputusannya hanya diketahui dalam tempoh dua minggu.

Berdasarkan rekod, ini bukan kali pertama atlet angkat berat terbabit dalam penyalahgunaan bahan larangan, sebaliknya banyak kes berlaku yang menjadi alasan utama sukan itu dikeluarkan daripada Program Sukan Teras.

Antara atlet angkat berat yang pernah didapati positif doping sebelum ini ialah Khairul Anuar Mohamad (SUKMA Sarawak 2016), Constantine Clement (latihan di China, 2016) dan Hafifi Mansor (positif di Terbuka Australia 2017).

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans