GC2018: Pingat Emas Dari Acara Terjun Tidak Kecewakan Peminat – Channel W

GC2018: Pingat Emas Dari Acara Terjun Tidak Kecewakan Peminat

Dua pasangan penerjun negara menceriakan kem Malaysia pada hari ke-7 Sukan Komanwel 2018 berlangsung di Gold Coast, Australia.

Selepas dua pingat emas yang diraih menerusi sukan angkat berat, nyata sukan terjun tidak mengecewakan peminat sukan tanah air.

Pingat emas ketiga muncul apabila Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong melakukan lima terjunan yang menarik dalam acara 10m Platform Seirama Wanita sekaligus memukau barisan juri dengan mengumpul 328.08 mata malah mengetuai aksi daripada mula hingga ke terjunan terakhir.

Sumber Foto – Instagram @msn_malaysia_official

Sebagai rekod, ia adalah pingat emas ketiga dimenangi skuad terjun negara sepanjang penyertaan dalam Sukan Komanwel selepas Pandelela (10m platform pada edisi 2010) dan Ooi Tze Liang (3m papan anjal pada edisi 2014).

Lebih manis, Malaysia turut merangkul pingat gangsa acara itu menerusi gandingan Leong Mun Yee-Nur Dhabitah Sabri yang mencatat 308.16 mata dengan pingat perak menjadi milik penerjun Kanada, Meaghan Benfeito-Caeli McKay (312.12).

Sumber Foto – Instagram @msn_malaysia_official

Terdahulu, Mun Yee dan Dhabitah meraih pingat gangsa dalam acara 3m Papan Anjal Seirama Wanita dengan catatan 264.90 mata keseluruhan, manakala penerjun tuan rumah, Esther Qin-Georgia Sheehan meraih emas dengan catatan 284.10 mata dan Alicia Blagg-Katherine Torrance, dari England meraih perak (276.90 mata).

Mun Yee-Dhabitah raih gangsa menerusi acara 3m Papan Anjal Seirama Wanita. Sumber Foto – Facebook @gc2018

Sementara itu, gimnas negara, Amy Kwan, Koi Sie Yan dan Izzah Amzan memperagakan persembahan mengagumkan untuk memenangi pingat perak gimrama berpasukan.

Trio gimnas itu mengumpul 127.950 mata untuk berada di belakang pemenang pingat emas dari Cyprus (130.625) manakala Australia meraih gangsa dengan 120.800 mata.

Sumber Foto – Instagram @msn_malaysia_official

Hari ketujuh Sukan Komanwel Gold Coast 2018 menyaksikan Malaysia pada kedudukan ke-12 dengan kutipan 3 pingat emas, 3 perak dan 5 gangsa.

Sumber Foto – Twitter @KBSMalaysia

Pingat-pingat yang diperoleh ialah menerusi acara Badminton berpasukan campuran (1 perak), terjun (1 emas, 2 gangsa),  angkat berat (2 emas, 1 perak – Para, 1 gangsa), Skuasy (1 perak), gimrama (1 perak) dan menembak (1 gangsa).

 

Syabas buat Team Malaysia!

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans