Gempa Bumi di Taiwan Dua Maut, Lebih 200 Cedera – Channel W

Gempa Bumi di Taiwan Dua Maut, Lebih 200 Cedera

Taipei – Dua orang maut dan lebih 200 cedera kerana dihempap bangunan yang runtuh selepas gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda Hualien, Taiwan awal pagi ini.

Sebuah hotel dan pangsapuri antara bangunan yang terjejas teruk dalam kejadian tersebut manakala lima bangunan termasuk sebuah hospital rosak dengan beberapa lebuh raya mengalami keretakan.

Hotel Marshal di bandar ini hampir tumbang manakala para petugas penyelamat berhempas pulas mengeluarkan penginap hotel menggunakan kren.

Sebanyak 15 gegaran susulan direkodkan di Hualien yang merupakan pusat pelancongan yang popular di negara ini.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans