Gereja & Kuil Dilempar Objek Keras – Channel W

Gereja & Kuil Dilempar Objek Keras

Sebuah gereja dan kuil di Jalan Hamzah, Kota Bharu, Kelantan dilempar dengan objek keras dari Jambatan Sultan Yahya Petra.

Cermin gereja dan kuil itu pecah selepas dibaling objek oleh lelaki yang tidak dikenali.

Dalam kejadian 12 tengah malam Ahad itu yang membabitkan dua bangunan bersebelahan, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata suspek melempar objek dari Jambatan Sultan Yahya Petra yang terletak di depan gereja dan kuil berkenaan.

Lelaki itu menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina sebelum motosikal yang ditunggang dua lelaki merempuh belakang kenderaannya.

MPV itu bagaimanapun tidak berhenti dan terus beredar meninggalkan lokasi kejadian.

Kejadian itu menyebabkan cermin tingkat dua di gereja berkenaan pecah, sementara objek terbabit ditemui di depan pintu kuil.

Siasatan awal dilakukan kejadian ini tidak membabitkan pengganas Daesh. 

Polis masih mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian itu.

Objek terbabit datang dari arah jambatan berdasarkan keadaan cermin yang pecah di gereja terbabit manakala kesan di kuil juga datang dari arah sama.


Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans