GP Qatar: Permulaan yang baik untuk Hafizh – Channel W

GP Qatar: Permulaan yang baik untuk Hafizh

Pelumba MotoGP pertama Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah mengutip dua mata selepas mencatat masa yang memberangsangkan dalam penampilan sulungnya, pada pusingan pembuka tirai Kejuaraan Motosikal Dunia 2018, di Grand Prix (GP) Qatar, di Litar Antarabangsa Losail, Ahad.

Pelumba muka baharu itu yang bermula di petak ke-15, menamatkan perlumbaan dengan catatan 20.299 saat di belakang pemenang perlumbaan, Andrea Dovizioso dari Itali yang mewakili pasukan Ducati.

Dovizioso menamatkan perlumbaan dengan catatan 41 minit dan 34.654 saat, diikuti pelumba Sepanyol, Marc Marquez (pasukan Repsol Honda) dan pelumba Itali Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) berada di belakang pendahulu pertama dan kedua, dengan catatan +0.027s dan +0.799s.

Hafizh Syahrin berusaha keras menamatkan saingan di kedudukan ke-14, dan membolehkannya meraih dua mata berharga.

“Saya dapat berlumba dengan baik. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya, kerana mereka sempurnakan tugasan dengan hebat. Saya menamatkan perlumbaan MotoGP pertama saya dengan meraih mata, iaitu melepasi sasaran saya, tetapi jika anda memberi tumpuan dan motivasi (bagi perlumbaan ini), tiada yang mustahil.”

“Tinggal tujuh pusingan untuk tamat, saya tukar kuasa jentera dan tinggal empat pusingan lagi, saya menukar kembali kuasa jentera. Ia juga sebahagian besar daripada pembelajaran saya untuk memahami elektronik. Saya agak gementar dalam perlumbaan ini, saya tidak mahu melakukan sebarang kesilapan.”

“Saya tamatkan perlumbaan dengan membawa pulang dua mata untuk pasukan, dan ini amat menggembirakan saya. Saya harap saya dapat perbaiki lagi catatan ini pada perlumbaan akan datang dan akan tingkatkan latihan untuk lebih bersedia dan dapat memberi saingan kepada semua pelumba,” kata muka baharu berusia 23 tahun ini dalam catatan di laman web rasmi pasukannya Monster Yamaha Tech3.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans