Grammy Awards: Vokal Pop Terbaik Milik Ed Sheeran – Channel W

Grammy Awards: Vokal Pop Terbaik Milik Ed Sheeran

Penggubah lagu berentak pop dari Britain, Ed Sheeran, memenangi Anugerah Grammy ketiga bagi kategori Album Vokal Pop Terbaik menerusi album bertajuk ‘Divide’.

Divide menewaskan calon lain termasuk bintang pop terkenal, Lady Gaga dan kumpulan rock Coldplay.

Ed Sheeran, 26, adalah calon pilihan bagi kategori berkenaan susulan pencapaiannya sebelum ini dan kejayaan diraih termasuk status sebagai artis pilihan ramai dalam aplikasi muzik Spotify.

Dalam perkembangan terbaru yang dianggap kejutan dan peralihan zaman untuk arena muzik Amerika Syarikat, rentak hip hop buat pertama kalinya mendominasi pencalonan.

Album Divide menampilkan beberapa lagu yang menjadi pujaan ramai termasuk lagu rancak ‘Shape of You’, lagu berentak rock ‘Castle on the Hill’ dan lagu romantik balada, ‘Perfect’.

Ed Sheeran bagaimanapun tidak hadir untuk menerima anugerah itu yang disampaikan pada satu majlis sebelum acara kemuncak Anugerah Grammy.

Selain itu, Bruno Mars dan Kendrick Lamar turut  mengungguli Anugerah Grammy semalam, dengan memenangi tiga anugerah, manakala Jay-Z yang memperoleh pencalonan terpaksa berputih mata.

Kendrick Lamar menewaskan Jay-Z dalam ketiga-tiga kategori, iaitu lagu rap terbaik, persembahan terbaik dan video muzik terbaik menerusi lagu ‘Humble’.

Bruno Mars pula merangkul anugerah kategori persembahan R&B dan lagu terbaik menerusi ‘That’s What I Like’ serta album R&B terbaik untuk album bertajuk ’24k Magic’.

Album itu turut dinobatkan sebagai pemenang kategori kejuruteraan album terbaik, iaitu kategori khas bagi mengiktiraf hasil kerja jurutera bunyi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans