Tertuduh, Rozana Sawal, 41, didakwa telah menganiayai dari segi fizikal seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun dengan menampar pipi seorang itu sehingga terjatuh daripada kerusi.

Tertuduh juga menampar pipi seorang lagi mangsa kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun  sebanyak dua kali.

Perlakuan itu dilakukan tertuduh antara pukul 9 pagi sehingga 11 pagi di Tadika Pusat Perkembangan Kanak- Kanak (PPKK) Seri Bijak Bestari MITC Melaka di sini, 30 Julai 2018.

Sementara itu, seorang lagi tertuduh, Nor Sulastri Suratmi Bahrom, 22, didakwa telah menganiayai dari segi fizikal seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dengan cara mengangkat dan meletakkannya di atas leher seorang kanak-kanak lelaki serta mencubit mangsa.

Tertuduh juga telah mengasari kanak-kanak lelaki terbabit yang berusia 3 tahun dengan mengangkat dan mengigit tangannya serta tindakan itu dilakukan tertuduh pada waktu, tempat dan tarikh yang sama.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM50, 000 atau kedua-duanya dengan tambahan menyempurnakan bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama apa-apa tempoh atau apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh mahkamah dan melaksanakan khidmat masyarakat.

26 September depan ditetapkan sebagai sebutan semula kes.