Hafizh Syahrin Cipta Sejarah Sukan Permotoran Negara – Channel W

Hafizh Syahrin Cipta Sejarah Sukan Permotoran Negara

Masih belum terlambat untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Hafizh Syahrin Abdullah yang mencipta sejarah menjadi pelumba Malaysia pertama bakal bersaing pada Kejuaraan MotoGP Dunia.

Hafizh yang berasal dari Selangor berusia 23 tahun itu akan bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 bergandingan dengan bekas juara dunia Moto2 2016 Johann Zarco, sebagai pelumba kedua menggantikan Jonas Folger yang menarik diri atas faktor kesihatan.

Rabu lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali mengesahkan perkara tersebut, yang menyaksikan pelumba diberi jolokan ‘Pescao 55′ itu ditawarkan kontrak selama setahun untuk beraksi dalam kelas perdana.

Datuk Razlan pada sidang media mengumumkan perkara itu berkata pada sesi latihan di Litar Chang, Buriram di Thailand hujung minggu lalu, Hafizh menunjukkan prestasi yang baik sekalipun baru pertama kali menunggang jentera terbabit.

Menurut Datuk Razlan, ketua pasukan, Herve Poncharai akan membimbing dan mendidik Hafizh supaya menjadi seorang pelumba lebih matang dan baik serta dapat memberi saingan kepada pelumba lain seperti Valentino Rossi, Marc Marquez dan Jorge Lorenzo.

Pada sesi ujian pramusim ketiga di Buriram selama tiga hari bermula Jumaat lalu, Hafizh berjaya menamatkan ujian tersebut di tempat ke-21 selepas mencatat satu minit 31.537 saat pada litar sepanjang 4.554km itu.

Razlan berkata pencapaian Hafizh itu juga bakal menjadi motivasi kepada pelumba lain dan anak-anak muda untuk terus mencipta kejayaan dalam sukan permotoran di peringkat antarabangsa.

 

p/s: Tahniah Hafizh, teruskan usaha naiki podium, kibarkan Jalur Gemilang di pentas antarabangsa dan terus banggakan nama Malaysia. Rasanya mesti ramai yang tak sabar nak tengok aksi Hafizh di Litar Sepang. Semoga ramai lagi pelumba-pelumba negara yang ikut jejak Hafizh!

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans