Hamidin Sah Bertanding Jawatan Presiden FAM – Channel W

Hamidin Sah Bertanding Jawatan Presiden FAM

PETALING JAYA – Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebulat suara memutuskan menerima peletakan jawatan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden FAM.

Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif (Exco) yang membincangkan perkara berkenaan selepas Tunku Ismail secara rasmi menyerahkan surat peletakan jawatannya pada 25 Mac lepas.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan akan bertanding merebut jawatan Presiden selepas mendapat sokongan daripada Exco FAM.

Datuk Mohd Yusoff Mahadi pula dilantik sebagai Pemangku Presiden FAM sehingga Kongres FAM ke-54 pada 14 Julai 2018 di mana pemilihan presiden baharu akan diadakan.

Kertas pencalonan bagi pemilihan jawatan Presiden FAM itu telah mula diedarkan kepada semua 20 ahli gabungan FAM, hari ini dan mereka perlu menamakan calon pilihan sebelum atau pada tarikh akhir ditetapkan iaitu 11 Mei 2018.

 

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans