Hanipa stabil, keluar hospital dalam masa terdekat – Channel W

Hanipa stabil, keluar hospital dalam masa terdekat

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin dijangka dibenarkan pulang dari Hospital Putrajaya dalam waktu terdekat.

Menurut Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad beliau kini dalam keadaan stabil dan memerlukan perhatian rutin daripada doktor.

“(Saya) baru ziarah Hanipa Maidin dan mendapat penerangan dari Dr Anis yang merawatnya. Beliau kini dalam keadaan stabil dan hanya perlukan pemerhatian rutin dan dijangka dibenarkan pulang dalam waktu terdekat,” katanya dalam status Twitternya, Selasa.

Semalam, Hanipa rebah secara tiba-tiba semasa Perhimpunan Bulanan Warga Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra.

Majlis itu dihadiri Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra dan kejadian berlaku sekitar jam 8.40 pagi, iaitu kira-kira 10 minit selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap menyampaikan amanat kepada warga kakitangan JPM.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans