Harga durian musang king turun sehingga RM20 sekilogram – Channel W

Harga durian musang king turun sehingga RM20 sekilogram

Harga durian musang king jatuh sehingga 50 peratus sekaligus menjadikan harga buah tersebut RM20 sekilogram.

Kejatuhan harga durian tersebut adalah berikutan lambakan buah berkenaan di pasar sekarang namun dijangka stabil sebelum akhir bulan ini.

Selain itu permintaan kurang juga merupakan antara faktor kejatuhan harga durian di samping terdapat pelbagai jenis durian lain di pasaran.

Sebelum ini harga buah tersebut mencecah RM60 sehingga RM150 sekilogram.

Keadaan ini berlaku di banyak kawasan termasuklah di negeri Pahang.

Bagaimanapun rata-rata peniaga durian menjelaskan bahawa kejatuhan harga durian musang king tidak akan mengambil masa yang lama untuk pulih pada keadaan asal

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans