Hari Bahagia Yuna, Adam 28 Januari Ini – Channel W

Hari Bahagia Yuna, Adam 28 Januari Ini

Penyanyi terkenal Yuna kini sedang rancak membuat persiapan untuk majlis perkahwinan bersama tunangnya, Adam Sinclair tidak lama lagi yang bakal berlangsung 28 Januari ini.

Penyanyi mencipta nama di Amerika Syarikat (AS) itu dan pasangannya, memilih Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebagai lokasi majlis resepsi, Ahad ini.

Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Mat Zara’ai, 31, mengumumkan hari bersejarah mereka melalui kad jemputan yang sudah diedarkan kepada jemputan dan media, sejak beberapa hari lalu.

Keterangan pada kad jemputan menunjukkan pasangan yang mengikat pertunangan pada 5 Ogos tahun lalu, bakal meraikan tetamu di PICC pada majlis yang bermula jam 8 malam.

Menyemak status dikongsi Yuna di Instagram @yunamusic, penyanyi Crush itu memuat naik status persiapan menjelang hari bahagianya bersama pengarah video yang juga adik kepada pelakon Ashraf Sinclair itu.

Yuna yang pulang ke Malaysia sejak awal tahun ini turut diraikan teman rapat dalam ‘parti bujang’ di sebuah hotel di Subang pada 13 Januari lalu. Yuna dan Adam berkenalan sejak 2013.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans