Menurut mereka, diskaun 50 peratus wajar diteruskan kerana dapat mengurangkan beban mereka yang mempunyai tunggakan saman.

Ada juga yang mengambil kesempatan menyelesaikan tunggakan saman yang sudah bertahun-tahun.

Walaupun terpaksa beratur dengan agak lama tetapi  usaha yang dilakukan oleh PDRM dilihat dapat meringkan beban rakyat.

 

 

Balai Polis Tun HS Lee antara balai polis yang diserbu orang ramai untuk melunaskan saman trafik berikutan tawaran diskaun 50 peratus sempena perayaan Deepavali.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, setakat pukul 12 tengah hari 500 pesalah trafik selesai membayar tunggakan hutang.