Hari Radio Sedunia: 75% Rakyat Malaysia Dengar Radio – Channel W

Hari Radio Sedunia: 75% Rakyat Malaysia Dengar Radio

Sambutan Hari Radio Sedunia, atau World Radio Day disambut pada 13 Februari setiap tahun oleh UNESCO bagi memperingati sumbangan siaran radio walaupun menghadapi persaingan dengan teknologi lain.

Sambutan Hari Radio Sedunia mula disambut pada 3 November 2011, merupakan tanda untuk memperingati lahirnya United Nations Radio pada tahun 1946 susulan daripada cadangan Spanish Academi of Radio yang menganggap bahawa radio merupakan salah satu instrumen penting yang terlibat dalam perubahan sosial dunia.

Malaysia menjadi negara ketiga di dunia selepas Rusia dan Belanda yang mengadakan Hari Radio Malaysia bagi meraikan stesen radio yang bermula pada tahun 2009 lalu.

Radio masih lagi medium yang dinamik dan menarik, sesuai dengan perubahan di abad ke-21, masih segar dan terus disokong oleh peminat setia yang mendengar radio.

Kaji Selidik Pengguna Radio 2017 yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi tahun lalu mendapati 75% rakyat Malaysia merupakan pendengar radio.

Malah, rata-rata pengguna mendengar radio di dalam kereta dengan 76.3%. Kesesakan jalan raya mungkin menjadi faktor utama menyumbang kepada peratusan ini kerana ia adalah waktu terbaik untuk merehatkan minda dan berhibur pelbagai genre lagu tempatan mahupun antarabangsa.

View this post on Instagram

MEMBAWA ERA KEPADA ANDA 😎 . 15tahun dulu . takde WAZE! dulu siap pakai map besar beli kat station minyak. Sebut je jalan mana kami taklalu.. sampai jalan pun tak lalu tgk kami 😅 . 10am di Kajang 1pm di Karak 4pm tau2 dah smpai KT hahaha . Dari air kotak ke roti ke minyak urut sampai la ke sofa ke tv ke astro decoder ke handphone.. semua kami tolong berikan kepada pendengar. Brg wajib ialah Tshirt ERA & CD penyanyi2 top masa tu. Masa tu abang suka panjat kereta hahahah jgn mara boss @kieranto_marcello @shidahkhasim . Terima kasih SKUAD PERODUA ERA kerana ajar saya utk mencintai dan menghargai mereka yg dijalanan ❤️ demi utk sebuah radio . Nota: siapa pernah kejar? Tak kira la dulu ke skrg. Dapat apa? Cer bgtahu kot kot bole minta balik 🤣🤣 . #farafauzana #hariradiosedunia #bilafafaubudakjalanan #bilafafaupenyampairadio #bilafafaustartgunahalluuuu

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on

Kepada penyampai-penyampai radio di seluruh dunia khususnya dalam negara, teruskan memberi informasi yang berguna dan menghiburkan pendengar tatkala rakyat Malaysia stress dengan kesesakan jalan raya setiap hari!

Selamat menyambut Hari Radio Sedunia!

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans