Wesak 2018 – Channel W

Wesak 2018

 

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha.

Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, Waisak di Indonesia, dan Wesak di Sri Lanka.

Ia diisytihar sebagai hari cuti umum seluruh negara dan satu daripada sambutan yang paling penting dalam kalendar Penganut Buddha.

Sambutan Wesak bermula seawal waktu subuh apabila penganut Buddha berkumpul di kuil-kuil. Mereka bermeditasi dengan ajaran agama Buddha, menyumbangkan derma dan berdoa. Mereka memberikan bunga dan lilin. Pemberian ini bagi mengingatkan mereka bahawa segala benda adalah sementara.

Bunga akan layu dan lilin akan terbakar. Sami mementerakan ajaran Buddha, sambil menaikkan bendera Buddha. Sesetengah kuil akan memberikan bendera Buddha sebelum hari Wesak, dan orang ramai akan menggantungnyai di rumah mereka.

Banyak penganut Buddha pergi ke bangunan Persatuan Buddha Malaysia dan beratur untuk mencuci patung Buddha. Mereka percaya upacara ini akan membersihkan jiwa mereka dan menyucikan mereka. Mereka yang melawat bangunan itu juga menyalakan lilin berbentuk seperti lotus atau teratai dan memohon keberkatan Buddha.

Mereka bersembahyang dan mengakhiri sambutan dengan makan makan. Pada hari ini kebanyakkanya akan makan makanan vegetarian atau berasaskan sayur-sayuran.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans