Harimau Malaya goyah – Channel W

Harimau Malaya goyah

Kehebatan pemain import dalam senarai penjaring terbanyak Liga Malaysia (Liga M) menimbulkan kebimbangan terhadap keupayaan Harimau Malaya  untuk merobek gawang lawan apabila beraksi pada kejohanan Piala AFF, November nanti.

Kedudukan semasa yang dikeluarkan Malaysia Football League (MFL) semalm menyaksikan, penyerang Selangor, Rufino Segovia mendahului carta penjaring terbanyak, tujuh gol.

Gilmar da Silva (­Perak), Patrick Cruz (Pahang), Sandro da Silva (Kedah), Tchetche Kipre (Terengganu) dan Yahor Zubovich (Melaka United) masing-masing enam gol.

Selepas tamat sembilan perlawanan Liga Super, penjaring terbanyak dalam kalangan pemain tempatan adalah penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dengan tiga gol sahaja.

“Saya tidak fikir perkara ini berlaku di Malaysia sahaja sebab jika anda lihat Liga Perdana Inggeris, ketika ini Mohamed Salah (Liverpool, Mesir) mendahului senarai penjaring terbanyak dengan 43 gol.

“Begitu juga di Sepanyol apabila Lionel Messi (Barcelona, Argentina) dan Cristiano Ronaldo (Real Madrid, Portugal) sering mendominasi penjaring terba­nyak La Liga. Ia tidak membunuh bola sepak mereka sebab Sepanyol pernah muncul juara dunia dan Eropah.

Malaysia, juara 2010 diundi dalam Kumpulan A bersama juara 2008, Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos manakala Thailand mengetuai Kumpulan B yang turut dibarisi Indonesia, Filipina, Singapura dan Timor Leste atau Brunei.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans