Hartanah YWP tidak akan dibekukan – Khalid Samad – Channel W

Hartanah YWP tidak akan dibekukan – Khalid Samad

Kerajaan tidak akan membekukan semua hartanah milik Yayasan Wilayah Persekutuan – YWP kerana urus niaga yang dijalankan sejak 2009 mengikut prosedur ditetapkan.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad memaklumkan, gesaan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng supaya kerajaan membekukan semua hartanah tersebut adalah tidak wajar memandangkan beliau tidak mengetahui selok-belok perjalanan yayasan itu selama ini.

“Kerajaan terdahulu tidak melibatkan penyertaan Ahli-ahli Parlimen pembangkang, justeru itu saya berpandangan beliau (Lip Eng) tidak mengetahui segala urus niaga YWP.

“Semua urus niaga hartanah telah mengikut prosedur ditetapkan, jadi saya tidak melihat untuk membekukan semua aset hartanah dimiliki YWP,” katanya kepada media di Majlis Pratonton Floria Diraja Putrajaya 2018 di sini hari ini.

Lip Eng sebelum ini mempertikaikan YWP selaku badan kebajikan kerana boleh memiliki pelbagai hartanah seperti lot tanah, kediaman, rumah kedai dan pejabat sekitar Kuala Lumpur.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans