Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan SPR, pemendekkan tempoh perkhidmatan itu telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong dan dimaklumkan melalui surat daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara bertarikh 7 Jun lalu.

Pemendekkan tempoh perkhidmatan ini juga telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui surat rasmi bertarikh 11 Jun 2018.

Mohd. Hashim mula menyertai SPR pada 5 September 2014 sebagai Timbalan Pengerusi dan dilantik sebagai Pengerusi pada 24 Januari 2016.

SPR merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Mohd. Hashim atas khidmat bakti beliau sepanjang perkhidmatan di SPR.