Hawaii dikejutkan dengan mesej serangan peluru berpandu nuklear – Channel W

Hawaii dikejutkan dengan mesej serangan peluru berpandu nuklear

Pukul 8 pagi (masa tempatan Hawaii) hari Sabtu lalu, penduduk Hawaii terkejut apabila menerima mesej kecemasan dari Agensi Kawalan Kecemasan Hawaii (‘EMA‘) di telefon masing-masing mengatakan bahawa serangan peluru berpandu sedang menuju ke Hawaii dan semua orang dikerahkan untuk mencari tempat perlindungan.

Ini menyebabkan semua orang panik dan ketakutan. Sememangnya mereka sudahpun ditakutkan dengan ancaman peluru berpandu nuklear dari Korea Utara.

Ada yang mengambil perlindungan dirumah dengan keluarga mereka.

Ada yang masuk kedalam lubang bawah tanah.

Bagaimanapun 38 minit kemudian, barulah pihak berkuasa mengeluarkan notis bahawa mesej tersebut adalah salah. Richard Rapoza, jurucakap agensi EMA mengatakan ada orang yang tekan butang yang salah.

“Someone clicked the wrong thing on the computer”

EMA kemudian mengeluarkan notis bahawa ancaman peluru berpandu iti adalah tidak benar.

Kesilapan ini mengundang kritikan dari pelbagai pihak.

Tidak kurang juga ramai yang mengkritik presiden Amerika Syarikat yang dikatakan tidak mengambil berat isu ini.

Tetapi ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengingatkan nasib mereka di Syria, Palestin dan Timur Tengah lain yang sentiasa berdepan dengan ancaman bom yang betul saban hari:

 

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans