Arwah yang dikenali dengan nama popularnya Haziq Messi meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras.

Bapanya, Azeman Md. Rashid, 40, berkata, arwah adalah anak kedua dari tiga beradik.

Muhammad Haziq merupakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras dan antara 16 pemain terbaik dari Malaysia, Filipina serta Singapura yang terpilih untuk menjalani latihan antarabangsa di Barcelona, Sepanyol pada Disember 2016.

Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Kota Gelanggi 3, di sini selepas solat Jumaat hari ini.