Hebat juruterbang Malaysia Airlines daratkan kapalterbang dengan satu enjin sahaja – Channel W

Hebat juruterbang Malaysia Airlines daratkan kapalterbang dengan satu enjin sahaja

Penumpang dalam penerbangan MH122 menarik nafas lega apabila juruterbang Malaysia Airlines berjaya mendaratkan pesawat dengan selamat di Alice Spring, Australia walaupun hanya satu enjin sahaja yang masih beroperasi!

Penerbangan MH122 dengan 224 penumpang berlepas daripada Sydney menuju ke Kuala Lumpur apabila enjin pesawat itu mula memberi masalah. Penumpang melapurkan mendengar bunyi yang kuat dari enjin dan kapalterbang itu bergoncang.

Pesawat MH122 di Alice Spring

Setelah masalah itu disedari, juruterbang telah membawa pesawat Airbus A330-300 itu turun ke paras 24,000 kaki dan menukar arah ke Alice Spring. Disebabkan oleh masalah teknikal, kami difahamkan bahawa satu enjin terpaksa ditutup. Pesawat itu bagaimana pun selamat mendarat pada pukul 5.48pm (masa tempatan).

Sejurus sebelum pendaratan, juruterbang telah membuat pengumuman agar penumpang bersedia untuk kemungkinan pendaratan yang kasar (“brace for impact”). Bagaimanapun, berkat kecekapan mereka, pesawat itu berjaya mendarat tanpa sebarang insiden walaupun pasukan Aviation Rescue Fire Fighting  (ARFF) Australia sudah bersedia menunggu untuk memberi sebarang bantuan.

Wartawan stesen TV ABC di Alice Spring melapurkan betapa penumpang Malaysia Airlines kelihatan dalam keadaan tenang walaupun baru menghadapi situasi kecemasan.

Pukul 9 malam tadi, syarikat penerbangan Malaysia Airlines melapurkan bahawa semua penumpang MH122 akan diberi penginapan di Alice Spring dan akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur keesokan hari (19 Januari) dan dijangka sampai di Kuala Lumpur pukul 9.50 malam hari yang sama.

#mh122 #malaysiaairlines #bravopilot

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans