Hilton Rancang Perkenal Lebih Banyak Jenawa Mewah di Malaysia – Channel W

Hilton Rancang Perkenal Lebih Banyak Jenawa Mewah di Malaysia

GEORGE TOWN – Jenama hotel global, Hilton merancang untuk memperkenalkan lebih banyak jenama mewah ke pasaran Malaysia pada masa depan, termasuk Canopy dan Conrad, dalam usaha untuk menjadi salah sebuah hotel antarabangsa terbesar di negara ini.

Pengurus Besar Serantau Hilton Malaysia, Jamie Mead berkata, tahun lepas, kumpulan itu telah melancarkan projek Canopy by Hilton di Bukit Bintang yang akan dibuka pada 2021.

Menurutnya, pelancaran Canopy by Hilton mencerminkan komitmen kumpulan dalam membangunkan rangkaian hotel yang mantap di seluruh Malaysia.

“Kami berhasrat untuk menjadi hotel antarabangsa terbesar di Malaysia dalam beberapa tahun akan datang dan untuk mencapainya kami berminat untuk membawa jenama mewah kami Conrad pada masa akan datang,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada pratonton media hotel DoubleTree Resort di sini.

Mead berkata, Hilton terus yakin dengan prospek pelancongan di Malaysia, memandangkan perjalanan perniagaan dan percutian yang semakin berkembang di kalangan pelancong Malaysia dan ASEAN.

“Kami mempunyai saluran pembangunan yang sihat di seluruh Malaysia dan pelan pembangunan yang kukuh yang masih terlalu awal untuk kami dedahkan sekarang.

“Perniagaan hotel kami di Malaysia adalah teguh dan kami menjangka 2018 akan menjadi tahun yang kukuh untuk Hilton di Malaysia merentasi tiga jenama, iaitu Hilton, Doubletree dan Hilton Garden Inn (HGI),” katanya.

DoubleTree by Hilton di Jalan Tun Razak

Bagaimanapun, Mead berkata, kumpulan itu merancang memperkenalkan dua lagi HGI, iaitu di Chow Kit dan Puchong di Lembah Klang pada suku ketiga tahun ini.

Menurutnya, HGI adalah jenama yang diperkenal kumpulan itu ke pasaran Malaysia tahun lepas dengan pelancaran HGI di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Hilton Garden Inn di Jalan Tuanku Abdul Rahman

“Menjelang akhir 2018, kami akan mengendali tiga HGI ketika kami terus menyediakan perkhidmatan hospitaliti kelas dunia dan antarabangsa di Malaysia,” katanya.

Hilton adalah syarikat hospitaliti global yang terkemuka dengan portfolio 14 jenama bertaraf dunia yang terdiri daripada lebih 5,100 hartanah dengan hampir 838,000 bilik di 103 negara dan wilayah.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans