Hospital Pakar Avisena Bakal Buka Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Shah Alam – Channel W

Hospital Pakar Avisena Bakal Buka Hospital Wanita dan Kanak-kanak di Shah Alam

SHAH ALAM – Hospital Pakar DEMC yang kini dikenali dengan nama Hospital Pakar Avisena, bakal membuka sebuah Hospital Pakar Wanita dan Kanak-Kanak, di sini pada hujung tahun ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Omar Abd Hamid berkata hospital 19 tingkat di Seksyen 14 di sini itu akan mempunyai kemudahan 132 katil, 35 klinik pakar, empat bilik pembedahan serta pusat perkembangan kanak-kanak.

“Walaupun dilengkapi dengan tenaga pakar dan pelbagai kelengkapan perubatan yang canggih, hospital ini nanti masih menawarkan rawatan pada harga yang berpatutan,” katanya kepada pemberita di majlis penjenamaan semula hospital berkenaan yang disempurnakan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Dr Omar berkata Hospital Pakar Avisena diambil semperna nama Ibnu Sina, atau nama sebenarnya Abu Ali Al-Hussian Ibnu Abdullah, seorang tokoh besar dalam bidang perubatan moden yang dilahirkan pada tahun 980.

“Di samping itu, tujuan pemilihan nama ini adalah sebagai antara langkah awal kami untuk berkembang ke seluruh negara, kami yakin dengan memiliki nama yang lebih umum, hospital ini nanti akan dapat diterima orang ramai.

“Kini kami masih dalam peringkat kajian pasaran untuk melihat ‘purchasing power’ penduduk di bandar besar lain seperti Kuantan, Ipoh dan Alor Star sebelum membuka satu cawangan hospital kami di sana,” katanya.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans