Tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib (BN-Maran) yang mempersoal adakah hak-hak Orang Asli yang terbela selama ini di bawah Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) terbatal dengan sendiri jika ICERD diratifikasi.

“Sekiranya ICERD ditandatangani oleh kerajaan maka boleh dilaksanakan `reservation-reservation’ tertentu bagi menjamin hak Orang Asli terjamin,” katanya pada sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, pada Isnin.

Jawapan Menteri itu mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) antaranya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) yang menyifatkan kenyataan Waytha Moorthy sebagai mengelirukan.

Situasi tegang itu bagaimanapun dapat dikawal oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon yang menutup mikrofon ahli Parlimen terbabit.