‘If We Are Getting Old’, Lagu Cinta Shila Buat Suami. – Channel W

‘If We Are Getting Old’, Lagu Cinta Shila Buat Suami.

PUTRAJAYA – Penyanyi Shila Amzah dan pasangannya Haris Idraki Elias mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel di Putrajaya, malam tadi.

Kira-kira 800 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan daripada kedua-dua keluarga mempelai termasuk tetamu terhormat, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menghadiri majlis yang berkonsepkan perhiasan China ketika era 60-an atau ‘Chinoiserie’.

Shila anggun bagaikan puteri raja memakai gaun hitam yang direka khas oleh pereka kegemarannya, Azura Couture sedondon dengan pasangannya segak memakai sut serba hitam.

Gaun hitam yang direka khas oleh pereka kegemarannya, Azura Couture. FOTO – Instagram @mazazitv

Shila Amzah atau nama sebenar Nurshahila Amzah mempersembahkan lagu cinta Mandarin terbaharunya, ‘If We are Getting Old’ buat suami tercinta sebagai tanda penyatuan mereka.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kejutan dari kumpulan Ruffedge yang menyanyikan lagu ‘Bila Rindu’ khas untuk pasangan mempelai.

Bukan itu sahaja, adik kepada penyanyi ini, Syada Amzah juga membuat persembahan khas untuk kakaknya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans