Indonesia Larang Semua Hubungan Seks Sukarela – Channel W

Indonesia Larang Semua Hubungan Seks Sukarela

JAKARTA: Parlimen Indonesia merangka semakan dicadangkan ke atas kanun jenayah negara itu yang akan melarang semua hubungan seks sukarela di luar ikatan perkahwinan.

Langkah itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan aktivis yang berkata, ia melanggar hak asasi dan akan disalah guna untuk menyasarkan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender.

Jawatankuasa Parlimen yang merangka cadangan untuk mengubah kanun jenayah sejak zaman penjajahan Belanda, masih perlu memuktamadkan cadangan itu.

Namun, draf berkenaan meliputi langkah menjadikan seks luar nikah, hubungan sama jenis dan bersekedudukan, yang tidak dipantau undang-undang sebelum ini, sebagai jenayah.

Zina memang dianggap jenayah di Indonesia, negara paling ramai umat Islam di dunia.

Bulan lalu, Mahkamah Perlembagaan mengundi menolak petisyen sama difailkan Family Love Alliance, antara kumpulan konservatif di belakang langkah mendesak perundangan itu dibawa ke Parlimen.

Jurucakap pertubuhan, Euis Sunarti berkata, kebenarannya ialah majoriti agama di Indonesia memegang nilai yang sama, jadi semakan ini mewakili majoriti dan semua budaya di Indonesia.

Jawatankuasa Parlimen mengadakan rundingan dengan orang awam dan mengambil kira pandangan sarjana agama, pakar perundangan serta kumpulan hak asasi mengenai cara untuk mengubah kanun jenayah apabila ia berkaitan seks luar nikah. – Reuters

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans