Industri Kraf Perlu Melabur Dalam Teknologi Terkini – Rosmah – Channel W

Industri Kraf Perlu Melabur Dalam Teknologi Terkini – Rosmah

KUALA LUMPUR – Industri kraftangan perlu melabur dalam teknologi seni kraf terkini dan mendedahkan para usahawan tempatan mengenai inovasi teknologi berkenaan, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata penggiat industri kraf juga perlu menyusun strategi baharu termasuk inovasi dalam reka bentuk kraf yang dihasilkan ke arah kemampanan industri tersebut yang memiliki prospek lebih meluas dan pesat menjelang tahun 2035.

“Hal ini perlu sejajar dengan perkembangan semasa di mana ekonomi dan segenap sektor industri dunia sekarang sedang mengorak langkah ke arah Revolusi Perindustrian Keempat (IR 4.0).”

“Gelombang revolusi ini bakal mencetuskan pelbagai ‘megatrends’ baharu dengan kemunculan teknologi pesat yang membawa kita berhadapan era transformasi digital yang turut memberi impak kepada masa depan industri kraf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Kraf Kebangsaan (HKK) 2018 di Panggung Sari Kompleks Kraf di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

-Bernama

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans