“Ini Peruntukan Yang Diluluskan, Bukan Dedak Atau Gula-Gula”- TPM Zahid – Channel W

“Ini Peruntukan Yang Diluluskan, Bukan Dedak Atau Gula-Gula”- TPM Zahid

TAMPIN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyangkal dakwaan pembangkang kononnya kerajaan bankrap.

Beliau berkata kedudukan kewangan kerajaan yang kukuh dibuktikan menerusi peruntukan yang diumumkan kerajaan selama ini demi kesejahteraan rakyat.

“Saya bukan nak riak atau takbur, apa yang diumumkan adalah satu manifestasi hubungan baik wakil rakyat dan kerajaan negeri yang dipilih serta kerajaan pusat adalah daripada parti yang sama. Ini peruntukan yang diluluskan, bukan dedak atau gula-gula,” kata Ahmad Zahid.

Kerajaan tidak akan dapat menyediakan peruntukan ini jika ia bankrap, jika hutang meningkat dan sekiranya cukai barang dan perkhidmatan digunakan untuk membayar 1MDB, seperti yang didakwa, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat Parlimen Tampin di sini yang turut dihadiri anggota Parlimen Tampin Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans