Insentif Kerja Dari Rumah Untuk Ibu di CIMB – Channel W

Insentif Kerja Dari Rumah Untuk Ibu di CIMB

Para ibu yang bekerja di CIMB tersenyum lebar agaknya bila mendengar pengumumuan insentif kerja dari rumah yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, pada hari Khamis lepas, selaras dengan Hari Wanita Sedunia. Insentif ini bermaksud para ibu boleh mengambil satu hari dalam seminggu untuk bekerja dari rumah.

Sudah tentu ini adalah satu polisi yang amat membantu, terutamanya bagi para ibu yang bekerja. Mereka perlu menjaga masa untuk mengimbangi keperluan kerja dan juga tanggungjawab keluarga. Menurut Tengku Dato’ Sri Zafrul Aziz, CEO bagi CIMB Group, “Bagi CIMB, pekerja kami adalah aset yang paling berharga. Polisi HR yang progresif seperti ini menunjukkan betapa kami serious untuk mewujudkan ekosistem yang adil-jantina untuk menzahirkan potensi penuh semua pekerja kami.”

Polisi kerja dari rumah ini akan dilaksanakan di Malaysia dahulu dan kemudiannya akan dilaksanakan di ahli kumpulan CIMB di negara-negara lain.

Kebelakangan ini polisi kerja dari rumah sudah menjadi satu tarikan kepada pekerja, terutamanya dari generasi millennials. Di katakan ramai yang menjadikan fleksibiliti ini sebagi satu tarikan untuk memilih kerja, lebih dari tarikan gaji.

Menurut lapuran dari Gallup “State of the American Workplace” (2017), 43% pekerja di Amerika Syarikat didapati bekerja secara jauh (telecommuting) berbanding dengan hanya 39% pada tahun 2012.

Bagaimanapun, polisi ini juga mempunyai masalah dimana sesetengah pekerja didapati telah menyalahgunakan fleksibiliti ini dengan menggunakan masa tersebut untuk melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya. Sesetengah syarikat juga menghadapi masalah dengan polisi ini kerana pekerja-pekerja yang tidak sebilik sukar untuk bekerjasama dengan efisyen. Akibatnya, banyak majikan di Amerika yang telah menarik balik polisi kerja dari rumah ini.

Kita harap, perkara sedemikian tidak akan berlaku dan pekerja CIMB dapat menjadikan ini satu batu asas untuk polisi kerja yang lebih harmoni dan positif kepada kehidupan berkeluarga.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans