IPC Diberi Nafas Baharu, Lebih Selesa & Mesra Keluarga – Channel W

IPC Diberi Nafas Baharu, Lebih Selesa & Mesra Keluarga

Pusat membeli-belah IPC atau IKANO Power Centre dijenamakan semula dengan wajah baharu dan dinaik taraf sejak pertengahan tahun lalu.

Pembangunan semula pusat membeli belah itu melibatkan ruang fizikal dan jenama keseluruhannya yang direka bentuk bagi mewujudkan suasana yang lebih ceria dan menggembirakan untuk para pengunjung.

Pembangunan semula pusat membeli belah yang terbesar di rantau ini melibatkan pelaburan berjumlah RM200 juta bagi menukar  wajah infrastruktur komuniti dan rupa bentuk lanskap di dalam dan sekitar pusat berkenaan.

Pengarah Pusat Membeli Belah IKEA Asia Tenggara, Thomas Malmberg berkata pasaran pengguna kini sentiasa berubah.

“Dalam persekitaran persaingan perniagaan yang sengit ini, kami memahami keperluan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan agar dapat kekal relevan dan sentiasa berada di depan. “

“Oleh itu, kami sentiasa berusaha dan mendengar segala keluh kesah, kebimbangan serta kehendak dan keperluan masyarakat di sekeliling kami.”

“Pembangunan semula ini adalah untuk mereka, dan ia turut memberi peluang terbaik bagi membina hubungan yang lebih erat dengan rakan kongsi serta penyewa-penyewa yang baru dan sedia ada.”

Pembukaan rasminya pada 25 Januari lalu memberi pelbagai pilihan kepada pengunjung kerana IPC yang berkongsi bangunan dengan IKEA itu turut dimeriahkan dengan gedung komersial lain antaranya Tesco, The Curve, ECurve, Hotel Royale Chulan Damansara, Royale Chulan The Curve dan MRT Mutiara Damansara.

Terletak di tengah-tengah Mutiara Damansara, IPC direka secara terperinci dengan memberi penelitian kepada reka bentuk ruang, penyusunan semula reka bentuk dalaman serta kemudahan yang mesra keluarga.

Berkonsepkan ‘So Much More’, idea pembangunan semula IPC ialah untuk mewujudkan ruang kontemporari yang mampu memberi inspirasi kepada masyarakat.

Pengurus Besar IPC, Karyn Lim berkata, IPC telah melalui proses kematangan sejak 15 tahun yang lalu.

“Dan kami berasa gembira kerana dapat membangun bersama dengan kawasan-kawasan kejiranan di sekeliling kami dan menjadi tempat pertemuan yang penting untuk keluarga serta teman-teman.”

“Sememangnya sudah menjadi wawasan kami untuk memberi kehidupan yang lebih baik kepada masyarakat dengan menyediakan sebuah tempat yang cukup selesa seakan berada di rumah. Itulah hasrat IPC, menyediakan sebuah tempat yang selamat, selesa dan mesra keluarga.”

Pengunjung juga boleh memilih untuk membeli belah atau menjamu selera di antara 145 kedai yang ada dan IPC turut menitikberatkan aspek keselamatan, aksesibiliti, selesa dan menyenangkan.

Pembangunan semula yang dilakukan turut melibatkan sistem parkir terarah, penambahan tempat duduk dan kemudahan-kemudahan mesra keluarga seperti pintu masuk kanak-kanak, menaik taraf ruang keluarga dan ‘Funland’, sebuah taman permainan khas untuk si kecil.

Selain daripada pembangunan semula, IPC turut memperkenalkan logo terbaharunya sempena ulang tahun ke-15 jenama berkenaan.

Logo tersebut memaparkan evolusi jenama berkenaan secara menyeluruh dan bagaimana ia terus kekal relevan kepada masyarakat.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans