Isi Rumah Dengan Akses Internet Meningkat Kepada 85.7% pada 2017 – Channel W

Isi Rumah Dengan Akses Internet Meningkat Kepada 85.7% pada 2017

KUALA LUMPUR – Isi rumah yang mempunyai akses ke Internet telah meningkat sebanyak 15.6 mata peratusan kepada 85.7 peratus pada 2017 berbanding 70.1 peratus pada 2015.

Jabatan Perangkaan dalam satu kenyataan hari ini, berkata isi rumah yang mempunyai komputer dan telefon mudah alih menokok, masing-masing kepada 74.1 peratus dan 98.1 peratus berbanding 67.6 peratus dan 97.9 peratus pada 2015.

Ketua Perangkaan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata individu yang menggunakan Internet pada usia 15 tahun dan ke atas di Malaysia telah bertambah sebanyak sembilan mata peratusan kepada 80.1 peratus pada 2017 berbanding 71.1 peratus pada 2015.

“Antara aktiviti-aktiviti Internet yang paling digemari pengguna membabitkan penyertaan ke dalam rangkaian sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya (86.3 peratus); muat turun imej, filem, video atau muzik; bermain atau muat turun aplikasi permainan (81.2 peratus); mendapatkan maklumat tentang barangan atau perkhidmatan (80.4 peratus); serta muat turun perisian dan aplikasi (74.5 peratus).

“Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan oleh pengguna Internet termasuk perbankan Internet (37.6 peratus), dan pembelian atau pesanan barangan serta perkhidmatan (23.2 peratus),” katanya.

Peratusan individu yang menggunakan komputer juga meningkat kepada 69.8 peratus pada 2017 daripada 68.7 peratus pada 2015, manakala peratusan individu yang memakai telefon pintar bertambah sebanyak 0.2 mata peratus pada 2017 kepada 97.7 peratus daripada 97.5 peratus pada 2015.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans