Isu kedudukan Islam jadi tumpuan Dewan hari ini – Channel W

Isu kedudukan Islam jadi tumpuan Dewan hari ini

Minggu kedua persidangan Dewan Rakyat pada Selasa menjadi mungkin menjadi hangat dengan persoalan mengenai sejauh mana komitmen kerajaan menjamin kemuliaan agama Islam dan pembaharuan yang berjaya dilaksanakan kerajaan berdasarkan nasihat Majlis Penasihat Kerajaan.

Berdasarkan Aturan Mesyuarat Dewan, persoalan mengenai jaminan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, bekalan daging pada Hari Raya Aidiladha dan mengawal selia pusat asuhan kanak-kanak dibangkitkan Ahli Parlimen dalam Waktu Pertanyaan Menteri (MQT).

Ahli parlimen BN Kuala Krau Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said meminta Perdana Menteri menyatakan sejauh manakah kerajaan dapat memastikan kedudukan agama Islam terjamin kemuliaannya bersandarkan Perkara 3(1) Perlembagaan.

Ahli parlimen AMANAH Tampin Dr Hasan Bahrom pula bertanya kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani apakah usaha diambil kerajaan bagi memastikan bekalan ternakan hidup mencukupi sebagai persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Ahli parlimen PAS Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff pula bertanya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai langkah segera kementerian untuk mengawal selia pusat asuhan kanak-kanak supaya tragedi penderaan seperti dialami Allahyarham Adam Rayqal tidak berulang.

Dalam sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pula, Perdana Menteri ditanya oleh Ahli parlimen BN Labuan Datuk Rozman Isli mengenai apakah nasihat diberikan lima orang individu Majlis Penasihat Kerajaan serta jenis pembaharuan yang berjaya dibawa dalam pentadbiran Kerajaan khususnya bagi tujuan sistem penyampaian.

Soalan yang dijangka turut menarik perhatian ialah daripada ahli parlimen PKR Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid yang meminta Menteri Tenaga Manusia menyatakan langkah kerajaan sekiranya syarikat luar mengambil alih syarikat tempatan dan tidak mahu mengambil pekerja tempatan.

 

Ahli parlimen DAP Kota Melaka Khoo Poay Tiong pula membangkitkan usul menuntut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood dan lima anggota SPR, Datuk Md Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Sulaiman Narawi, Datuk K Bala Singam dan Datuk Leo Chong Cheong meletak jawatan anggota SPR

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans