Isu liwat : ‘Bacalah, jangan malas’, Anwar templak pelajar – Channel W

Isu liwat : ‘Bacalah, jangan malas’, Anwar templak pelajar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan isu liwat sepatutnya tidak timbul lagi kerana rakyat sudah tidak mahu mengetahui lagi akan perkara tersebut.

Ia berikutan terdapat seorang pelajar ketika sesi soal jawab program Meet Anwar Ibrahim di Dewan Canselor Universiti Selangor (Unisel) telah mengajukan soalan tentang tuduhan liwat ke atasnya.

Dalam soalan itu, pelajar tersebut meminta Anwar mendedahkan sama ada dia benar-benar bersalah ataupun hanya menjadi mangsa fitnah.

“Saya mulakan ucapan saya tadi dengan nasihat supaya mahasiswa belajar bersikap terbuka, dan dengar (maklumat).

“Sekarang sudah 2018. Kalau kamu masih tak faham lagi (tentang kes liwat), kamu baca apa? Kamu dengar apa?

“Kita dah terangkan di Youtube, di Facebook, dan ada buku yang menerangkan semuanya sekali. Bacalah, jangan malas,” jawabnya sambil menunjukkan reaksi jelak.

“Apakah kita nak menjadi mangsa fitnah orang, atau hendak mencari kebenaran dengan mendengar dan membaca semua maklumat?

“Bukan saya marah, saya ingatkan,” pesannya lagi.

Program Meet Anwar Ibrahim itu merupakan acara pertama Anwar selaku anggota parlimen, yang dianjurkan oleh Unisel dengan kerjasama Kelab Anwar Ibrahim.

Kali terakhir Anwar melakukan kunjungan seumpama itu ke Unisel adalah pada sembilan tahun yang lalu.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans