Isu pemilihan dalaman parti tiada ‘ locus standi ‘ – Hafarizam – Channel W

Isu pemilihan dalaman parti tiada ‘ locus standi ‘ – Hafarizam

 Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun berkata 16 ahli yang mengheret UMNO ke mahkamah berkenaan isu pemilihan dalaman parti tiada “locus standi” mengikut undang-undang dan perlembagaan parti.

Peguam UMNO itu menjelaskan ada seksyen dan fasal yang menangani perkara sebegini.

“Pertama, Seksyen 18C Akta Pertubuhan tidak membenarkan apa jua perkara parti sama ada hal ehwal pengurusan, kewangan dan yang berkaitan dengan pentadbiran parti dibawa ke mahkamah,” katanya kepada FMT.

“Kedua, mana-mana ahli yang memfailkan permohonan atau tindakan ke mahkamah akan secara automatik hilang keahlian bawah fasal 20.7 perlembagaan Umno.”

Beliau menjelaskan kesan daripada seksyen dan fasal tersebut akan menyebabkan ahli terbabit tergugur keahlian maka tiada hak atau kapasiti untuk membawa tindakan atau tampil ke mahkamah.

“Bila tidak ada ‘locus standi’ maka tidak ada asas,” jelasnya lagi.

Semalam, 16 ahli Umno dari 5 negeri memfailkan semakan kehakiman bagi memohon parti mereka dibubarkan atas dakwaan gagal mengadakan pemilihan sejak 2013.

Dalam permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan hari ini, 3 minggu menjelang pilihan raya umum ke-14, kumpulan itu mendakwa kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) untuk Umno menangguhkan pemilihannya ke tahun depan melanggar perlembagaan parti itu.

Kumpulan itu memohon mahkamah memerintahkan JPPM menyiasat Umno atas dakwaan melanggar perlembagaan sendiri dan satu lagi perintah untuk menggantung operasi parti sementara menunggu kes itu selesai.

Mereka turut memohon mahkamah memerintahkan Umno dibubarkan mulai hari ini kerana mendakwa parti itu kini “haram”.

Datuk Hafarizam bagaimanapun berkata UMNO diberi lanjutan masa oleh JPPM untuk mengadakan pemilihan parti selewat-lewatnya 19 April 2019.

“Justeru tidak timbul Umno adalah parti haram kerana tidak buat mesyuarat,” katanya, dan menambah ahli-ahli terbabit sepatutnya terlebih dahulu merujuk perkara ini ke ibu pejabat parti untuk mendapatkan kepastian.

“Tindakan ke mahkamah hanya akan menjadi tindakan sia-sia dan mungkin terpaksa membayar kos guaman sekiranya kalah,” tambahnya.

Beliau berkata, plaintif-plaintif itu perlu melepasi ujian (threshold) bahawa mereka adalah orang yang terkilan dan ada prima facie kes untuk membawa semakan kehakiman ini.

Pada 5 Mac lalu, JPPM dalam kenyataan mengesahkan permohonan Umno menangguhkan pemilihan peringkat Majlis Tertinggi untuk 2017 diluluskan.

JPPM berkata, kelulusan itu selaras peruntukan perlembagaan pertubuhan Fasal 10.17 yang memperuntukkan penangguhan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, bahagian dan cawangan, tidak boleh melebihi 18 bulan dari tarikh pemilihan sepatutnya diadakan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans