Isu PROTON 2.0 tumpuan Dewan Rakyat hari ini – Channel W

Isu PROTON 2.0 tumpuan Dewan Rakyat hari ini

 

Sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini dimulakan dengan soalan hangat daripada ahli parlimen BN MCA Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong tentang cadangan meneruskan projek kereta nasional yang mendapat tentangan sesetengah pihak.

Tentangan itu termasuklah daripada penggerak industeri otomotif negara sendiri.

Pada sesi soal jawab pagi ini Ka Siong akan mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri berhubung justifikasi projek terbabit dan sama ada kerajaan mengambil iktibar kegagalan Proton Holdings Bhd (Proton) selama ini.

Dr Mahathir dalam lawatannya ke Jepun pada Jun lalu membayangkan Malaysia bakal melaksanakan satu lagi projek kereta nasional selepas sebahagian pemilikan Proton dijual kepada syarikat China, Geely.

Projek kereta nasional yang dilabel ‘Proton 2.0’ itu berkemungkinan turut membabitkan negara ASEAN, namun tidak mendapat sokongan beberapa pihak antaranya Persatuan Automotif Malaysia-MAA.

Ahli parlimen Amanah Kota Raja Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu akan tampil pertama kali di Dewan Rakyat untuk menjawab sebagai Menteri Pertahanan.

Mohamad akan menjawab soalan daripada Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican-BN UMNO Kepala Batas berkisar falsafah dan strategi baharu Kementerian Pertahanan berhubung prinsip kedaulatan, keutuhan wilayah dan kesejahteraan ekonomi yang bakal diperkenalkan.

Datuk Seri Ahmad Maslan-BN-UMNO Pontian mengemukakan soalan berhubung alasan di sebalik pembatalan haji tajaan syarikat pelaburan kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tahun ini manakala isu pemansuhan tol dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan dijangka dijawab Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans