Isu rakam bawah skirt jadi bahan lawak netizen – Channel W

Isu rakam bawah skirt jadi bahan lawak netizen

Susulan kejadian seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dipecat kerana merakam gambar bawah skirt seorang juruoptik beberapa hari lalu, kini ia bertukar menjadi lawak netizen apabila menukar logo manifesto Pakatan Harapan.

Logo tersebut asalnya tertera tulisan Pakatan Harapan berwarna putih serta lambang setiap parti iaitu PKR, PPBM, DAP dan AMANAH.

Namun logo tersebut telah ditambah dengan meletakkan gambar seorang lelaki yang sedang memegang telefon bimbit yang perilakunya seperti ingin merakam skirt seorang wanita.

Logo itu telah dimuat naik menerusi laman sosial Facebook dan dikongsi oleh ramai netizen, sekaligus mendapat komen-komen ‘nakal’ sehingga mencuit hati para pembaca.

Terdahulu, seorang staf wanita kedai cermin mata di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur membuat laporan polis selepas menyedari kejadian itu ketika sedang membuat pemeriksaan mata ke atas menterinya Datuk Azis Jamman.

Dalam kejadian itu, sebuah klip video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bertarikh 8 September 2018 tersebar menunjukkan seorang wanita sedang memeriksa mata Azis dengan seorang lelaki lain duduk di belakang wanita tersebut.

Lelaki itu dilihat menggunakan telefon bimbitnya seakan membuat rakaman dari bawah skirt wanita berkenaan.

Dalam pada itu, Azis yang juga Ahli Parlimen Sepanggar memohon maaf atas tindakan pegawainya sekaligus memecat pegawai tersebut kerana kesalahannya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans