It’s A Girl! – Hadiah Hari Lahir Bermakna Buat Siti Nurhaliza – Channel W

It’s A Girl! – Hadiah Hari Lahir Bermakna Buat Siti Nurhaliza

Sempena hari lahirnya yang ke-39, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan jantina anak dikandungnya, perempuan.

Melalui video yang dikongsinya di Instagram, Siti bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengumumkan bakal melahirkan anak perempuan.

Sejak pagi tadi, sempena ulang tahun kelahiran Siti, beberapa stesen radio menyediakan segmen khas dengan memutarkan lagu dendangannya.

Stesen itu adalah Era FM, Gegar FM, Sinar FM, Suria FM, Best FM, Hot FM & Kool FM.

TERKINI:Swipe untuk melihat keseluruhan jadual siaran segmen istimewa ini pada hari ini, 11 Januari 2018 di stesen-stesen radio. Saya terharu apabila pihak radio-radio ini (saya yakin stesen lain juga mendukung perjalanan karier saya dengan cara tersendiri) mengadakan segmen khas sempena ulangtahun kelahiran saya. Ini merupakan satu penghormatan yang tidak pernah saya jangka. Kerjasama di antara penyanyi dan stesen radio ibarat aur dengan tebing, saling memerlukan dan mendukung di antara satu sama lain. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua stesen radio yang mengadakan slot istimewa hari ini dan menjadi hadiah yang bermakna buat saya. Alhamdullillah, Terima kasih @hotfm976 @era.je @gegar.my @sinar_my @suriamalaysia @manisfm @bestfmmalaysia @koolfmmy dan semua stesen radio yang telah mendukung kerjaya saya sehingga ke hari ini. #HappyBirthdaySitiNurhaliza

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Sehubungan itu, Siti mewakili syarikat pengurusan, Siti Nurhaliza Production mengucapkan terima kasih kepada semua stesen radio yang menyediakan slot istimewa hari ini.

Sebelum ini, Siti yang sedang hamil tujuh bulan, dilaporkan berazam menjadi ibu yang baik kepada anak sulungnya yang dijangka lahir, Mac depan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans