Izzah Saifuddin nyata sokongan terhadap Rafizi Ramli – Channel W

Izzah Saifuddin nyata sokongan terhadap Rafizi Ramli

Dua pemimpin kanan PKR, seorang menteri persekutuan dan anggota parlimen menyokong Rafizi Ramli yang mencabar jawatan timbalan presiden parti itu dengan memberi perhatian keupayaan dan kemahirannya pada majlis sambutan reformasi 20 tahun, anjuran PKR di Pulau Pinang malam tadi.

MP Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar berucap kira-kira 10 minit sebelum meninggalkan majlis di Bayan Baru itu menggesa anggota parti untuk mengundi pimpinan yang setia terhadap parti walaupun tidak memegang jawatan kerajaan.

Manakala, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution pula merujuk buku ketiga peguam Australia dan Queen’s Coulsel, Mark Trowell berjudul “Anwar Returns: The Final Twist,” yang memetik ketua umum PKR berkata orang seperti Rafizi sesuai menjadi penggantinya.

Saifuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata Trowel yang mewawancara Anwar untuk bukunya bertanya: “Apabila anda di penjara, siapa yang akan mengambil alih (kepimpinan)?”

Anwar menjawab,”seseorang seperti Naib Presiden PKR, Mohamed Rafizi Ramli.”

“Buku ini yang dilancarkan di Kuala Lumpur dan majlis tersebut mendapat liputan media tempatan dan antarabangsa,” kata Saifuddin.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans